MEMPUNYAI ruang dapur yang kemas dan selesa adalah sesuatu yang sangat penting bagi mereka yang suka memasak.
Kadang kala menjadi masalah pula untuk menyimpan barangan di dapur tanpa kabinet yang sesuai. 3 idea ini mungkin boleh membantu anda.
#1: Kabinet dinding.
Untuk membuat kabinet dapur sendiri harganya agak mahal. Lebih-lebih jika anda masih menyewa. Rasa tidak berbaloi juga kan, sebab hanya mahu tinggal sementara sahaja. Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, anda boleh memasang sendiri kabinet dinding. Bolehlah anda simpan apa-apa yang patut seperti rempah-rempah atau garam dan gula.
#2: Troli.
Troli adalah benda yang paling senang dan mudah untuk ditambah dalam dapur anda. Bukan sahaja troli mempunyai daya mobiliti, bahkan serbaguna jjuga. Anda boleh letak, bahan makanan kering, lauk, atau mungkin juga pinggan mangkuk mengikut citarasa anda. Troli dengan rekaan yang cantik dan menarik boleh juga menjadi hiasan untuk dapur anda.
#3: Rel.
Jika dulu penggunaan rel di dapur agak terhad. Majoriti hanya menggunakannya untuk menyangkut senduk dan mug, sekarang, penggunaan rel juga boleh diluaskan untuk barangan dapur yang lain. Dengan penggunaan rel yang bersesuaian, rel bukan sahaja boleh menjadi penambah seri dapur anda, bahkan menambahkan potensi ruang penyimpanan dapur anda.
-MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=fNR6b-aOgQ0]