Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Saya Tidak Akan Serang...

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Lelaki Cuba Khatan Bayi...

FLORIDA – Seorang lelaki ditahan ketika cuba mengkhatankan anak saudaranya yang baru berusia...

Mangsa Banjir Di Kuala...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di dua kampung di Kuala Selangor meningkat...

Hanya 10 Hari, Konsert...

KARTUN animasi Didi & Friends telah melakar sejarah selepas tayangan Konsert Hora Horey...

300 Polis Trafik KL Ditugas Kawal Trafik Sempena Ambang Tahun Baharu

KUALA LUMPUR – Seramai 300 anggota polis trafik Kuala Lumpur akan ditugaskan mengawal keadaan trafik di jalan-jalan utama sekitar ibu kota yang terlibat sambutan ambang tahun baharu 2016 malam ini.

Ini termasuk Jalan Raja Laut sehingga ke Menara Dayabumi yang akan ditutup bermula 6 petang ini bagi memberi laluan kepada program Malam Cinta Rasul Sempena Tahun Baharu 2016 di Dataran Merdeka yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata jalan itu akan hanya dibuka semula 6 pagi keesokan hari.

Beberapa jalan lain, antaranya Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang, berhadapan KLCC, dan Jalan Binjai, akan ditutup sekiranya perlu pada 10 malam ini dan dibuka semula 1 pagi, katanya.


“Kami akan melihat keperluan, selalunya jalan-jalan ini akan ditutup, tapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami hanya putuskan melihat kepada situasi orang ramai dan trafik,” katanya ketika dihubungi Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori