Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sultan Perak Lawat 4...

GEMAS - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar...

John Terry Dedah Perangai...

BONGKAR... Bintang bola sepak England, John Terry mendedahkan bahawa Jose Mourinho akan berkelakuan...

Germanwings: Mayat 16 Pelajar...

HAMPIR tiga bulan selepas nahas udara Germanwings, seramai 16 jasad pelajar sekolah dan...

ESSCom Tahan 40 Migran...

TAWAU – Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia yang menyeludup masuk 40 migran...

3,000 Kad Touch ‘n Go Percuma Sempena Krismas

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan Grand Sepadu (NK) Sdn. Bhd. (Grand Sepadu) akan mengedarkan sebanyak 3,000 kad Touch ‘n Go secara percuma kepada orang ramai bersempena sambutan Krismas tahun ini.

Taliworks Corporation Berhad (Taliworks Corporation) dalam satu kenyataan berkata, Grand Saga selaku anak syarikatnya akan mengedarkan sebanyak 2,000 keping kad Touch ‘n Go bernilai keseluruhan RM28,000.

“Pengagihan ini selari dengan sasaran tol tanpa tunai yang dijadualkan dilaksanakan di Lebuhraya Cheras- Kajang pada 13 Januari 2016, dengan sasaran 100 peratus kutipan tol elektronik menggunakan SmartTAG , Touch ‘n Go atau kad PLUSMiles.

“Grand Sepadu pula akan mengagihkan 1,000 kad Touch ‘n Go dengan nilai keseluruhan RM14,000,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kad Touch ‘n Go yang pada kebiasaannya dijual pada kos RM10 akan mempunyai tambah nilai sebanyak RM4 dan akan diedarkan di lorong tunai plaza–plaza tol bermula 23 Disember 2015 sehingga kehabisan stok.


Lebuhraya Cheras–Kajang (Grand Saga) antara lebuh raya empat lorong dua hala yang pertama di Malaysia sepanjang 11.5 kilometer (km) bermula dari Persimpangan Connaught, Cheras ke Saujana Impian, Kajang.

Sementara Lebuhraya NNKSB pula sepanjang 17.5km yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Bandar Klang. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori