Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Permohonan Najib, Keluarga Periksa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Januari tahun...

‘Tak Ada Sentuh-Sentuh, Cintan-Cintun...

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana...

Guru Tuisyen Rotan Murid...

GARA-gara lembab dan tidak menyiapkan tugasan yang diberi, seorang guru tuisyen dipercayai bertindak...

Jual Hotel Andaz, Sekelip...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak sedih dengan penjualan Hotel Andaz Singapura...

3,000 Kes Rogol Dilaporkan Di Malaysia Setiap Tahun

GEORGE TOWN – Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey.

Beliau berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC), secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.

“Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol. Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, Pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kempen Penang Goes Orange 2015 yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon, di sini hari ini.


Penang Goes Orange 2015 adalah kempen anjuran PWDC sejak 6 Nov lepas yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan menggalakkan kesaksamaan gender.

Yap berkata menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori