Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Halimah Yacob Buat Persiapan...

SINGAPURA - Halimah Yacob hari ini meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura  dan Anggota Parlimen untuk...

VIDEO: Budak Uji Sarung...

SEORANG budak lelaki dari Rusia ini dikatakan telah membeli sarung telefon bimbit yang...

VIDEO: Kisah Sedih.. Mengapa...

Jika video yang kini viral di laman maya ini ditonton tanpa membaca maklumatnya,...

Selipar Boleh ‘Parkir’ Sendiri?...

CANGGIH! Teknologi masa depan yang menakjubkan muncul lagi, kali ini sangat sesuai untuk...

40 Polis Giat Buru Tahanan Lolos Di Paya Jaras

LEBIH 40 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Sungai Buloh ditugaskan memburu tahanan yang meloloskan diri di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lalu.

Memetik Harian Metro, suspek dikenali sebagai Mohamed Firzal Azizan, 34, melarikan diri dengan tangan masih bergari serta memakai baju lokap, dipercayai masih berada di sekitar kawasan berkenaan.

Difahamkan suspek melarikan diri ketika dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan seorang lagi rakannya yang dipercayai tinggal di kawasan itu dan ketika berada dalam van dikawal seorang anggota polis.

Pada kesempatan itu dia sempat meloloskan diri keluar dari van selepas bergelut dengan anggota polis tersebut.


Tahanan itu dipercayai terlibat dengan 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara Damai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori