Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

631 Lot Tapak Rumah...

KUDAT - Kerajaan Sabah hari ini menyerahkan sebanyak 631 lot tapak rumah kepada...

Anwar Peralat Yusuf Al-Qaradawi...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

The Equanimity Dijangka Tiba...

KUALA LUMPUR- Kapal ‘Equanimity’ yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho...

Berlian Terbesar Dunia Bakal...

LONDON - Berlian berwarna merah jambu, Pink Raj yang disifatkan ramai pakar permata...

5 Remaja Dakwa Didera, Diugut Polis Rio

RIO DE JANEIRO – Lima remaja mendakwa didera, diugut dan dicabul kehormatan oleh polis tentera pada malam sambutan Krismas selepas meminta wang, lapor media tempatan.

Akhbar harian Rio Daily O melaporkan, kelima-lima remaja yang berusia antara 13 dan 23 tahun itu dikatakan menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar selepas menghadiri satu majlis menyebabkan mereka ditahan.

Lapan polis tentera yang bertugas di kawasan sesak Santa Teresa meminta wang sebagai syarat kepada lima remaja terbabit sekiranya mereka mahu dilepaskan.

Kumpulan remaja terbabit kemudian menyerahkan wang yang ada pada mereka tetapi polis bertegas jumlah yang diserahkan itu tidak mencukupi.

Kejadian itu dianggap publisiti yang tidak dialu-alukan untuk bandar ‘hebat’ seperti Rio.


Krisis itu berlaku ketika bandar metropolis terbabit bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada 5 hingga 21 Ogos 2016.

Ia dianggap boleh mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan awam apabila lebih 10,000 atlet daripada 206 negara serta pelancong, bakal membanjiri bandar raya terbabit pada temasya Olimpik itu. – AFP

[wpdevart_youtube]LuGhlKjaAUo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori