Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba...

Cabaran Malaysia Di Terbuka...

Hasrat untuk melihat wakil Malaysia mara lebih jauh pada saingan Terbuka Indonesia 2021...

Ibrahim Ali Gelar Khairuddin...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan...

Singapura Umum Rombakan Kabinet,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapaura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan beberapa rombakan...

5 Remaja Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Gadis 14 Tahun

JOHOR BAHARU – Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, Sept lepas.

Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 19, Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 19, Muhammad Saiful Fauzi, 18, Muhammad Azlan Md Lazan, 19, serta juvana berumur 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dituduh merogol remaja perempuan berumur 14 tahun di tandas awam taman rekreasi, Taman Setia Tropika, Kempas, di sini, kira-kira pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi, 30 Sept lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim dan tiada jaminan ditawarkan terhadap kesemua mereka.

Mohamad Haldar menetapkan 30 Dis ini untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori