Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

624 Kes Perlanggaran Skim...

MELAKA - Sebanyak 624 kes perlanggaran harga barang dicatat pada Skim Kawalan Harga...

Bot Karam: Lima Lemas,...

SEMPORNA - Tiga kanak-kanak antara lima individu yang dilaporkan lemas dalam kejadian bot...

Sahruddin Nafi Lepaskan Jawatan...

KULAI - Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal hari ini menolak dakwaan...

PRK Rantau: Pengundi Diminta...

SEREMBAN - Pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diminta menunaikan...

61 Warga Asing Dicekup Dalam ‘Ops Kutu Rayau’ Di Selangor

SHAH ALAM – Sebanyak 61 warga asing merupakan antara 77 individu yang ditahan polis dalam ‘Ops Kutu Rayau’ bagi membanteras pengemis yang dijalankan sejak 18 Dis lepas di seluruh Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata tangkapan sehingga semalam itu turut melibatkan 16 kanak-kanak iaitu 10 lelaki dan enam perempuan.

“Warga asing ditahan terdiri daripada rakyat Myanmar (31 orang), Pakistan (lapan), Thailand (10), Kemboja (tiga), China (tujuh), Filipina dan Bangladesh masing-masing seorang sementara 16 lagi adalah warga tempatan.

“Kami jalankan operasi ini selepas mendapati kegiatan mengemis semakin bertambah sehingga mendatangkan suasana tidak selesa kepada orang ramai terutama di restoran dan di lampu isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat DSP dan ASP bagi 90 Pegawai Kanan Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Abdul Samah berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut akta yang relevan seperti Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947, Akta Kesalahan Kecil 1955, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


Katanya, siasatan turut menjurus kepada sama ada individu yang ditahan menjalankan kegiatan secara bersendirian atau melalui sindiket.

“Warga asing yang ditahan ada yang memiliki pasport, ada yang tiada pasport serta ada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Mengenai Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

“Selain disiasat di bawah Akta Imigresen, warga asing terbabit juga disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran untuk pastikan jika wujud sindiket pemerdagangan manusia,” katanya.

Abdul Samah berkata ‘Ops Kutu Rayau’ yang dijalankan sehingga akhir bulan mendapat kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori