Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Bertembung Air...

TAWAU : Hujan lebat bertembung dengan air pasang besar seawal jam 5 pagi...

Penganggur Rompak 7-Eleven, Samun...

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

15 GRO Pelaris Pusat...

GOMBAK - Seramai 15 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)...

Kumpulan Halang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ ) menyifatkan kumpulan yang mengganggu konvoi...

7 Zat Untuk Pastikan Anak Dalam Kandungan Sihat, Cerdas

BILA diri sudah disahkan mengandung, pengambilan zat tertentu untuk tubuh harus dititikberatkan. Ianya boleh dikira satu tanggung jawab untuk memastikan si kecil membesar dengan sihat dalam kandungan.

Selain itu, makanan berkhasiat dapat memastikan bakal ibu kekal sihat sepanjang kehamilan dan bayi terhindar daripada risiko kecacatan. Di bawah, kami kongsikan zat yang penting diambil oleh bakal ibu:

1. Asid folik
Setelah berjaya hamil, anda perlu terus mengambil asid folik sehingga usia kandungan mencecah 12 minggu. Hal ini kerana sepanjang tempoh ini, tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukan.Selain itu, asid folik membantu membina DNA bayi.

2. Kalsium
Kalsium yang digabungkan bersama vitamin D dan magnesium sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Antara makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah yogurt, keju dan ikan salmon. Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh menyerap kalsium. Sumber ini boleh diperoleh daripada minyak ikan kod, hati dan produk tenusu.

Kebanyakan makanan seperti marjerin dan bijirin sarapan pagi juga, diperkaya dengan vitamin D. Bagaimana pun cara paling senang ialah dengan mendedahkan tubuh kepada cahaya matahari pagi.

3. Zat besi

Kira-kira 10 – 15% wanita hamil biasa mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh. Oleh itu ibu perlu prihatin tentang soal pemakanan seharian. Ibu memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan bayi yang dikandung. Sama juga halnya dengan uri, ia memerlukan zat besi yang mencukupi.

Oleh itu, dapatkan suplemen zat besi seperti dinasihatkan doktor. Makanan seperti daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, kerang, hati, jambu batu, buah-buahan kering dan kekacang juga boleh diambil untuk menambah darah.

4. Iodin

Kekurangan iodin adalah penyebab utama masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan, selain penyebab keguguran, kematian bayi semasa dilahirkan dan beberapa komplikasi lain. Bagi mendapat sumber iodin mencukupi, ambil beberapa jenis makanan seperti susu lembu, rumpai laut, yogurt rendah lemak dan telur.


5. Zink

Sama seperti zink yang penting untuk kesuburan dan organ pembiakan orang dewasa, ia turut penting untuk pembentukan DNA bayi dalam kandungan. Jadi, terus amalkan pemakanan yang kaya dengan kandungan zink. Namun, elakkan pengambilan tiram terutamanya yang masih mentah kerana dikhuatiri mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan jatuh sakit ketika hamil memandangkan sistem imunisasi badan mungkin makin menurun ketika ini.

6. Vitamin C

Vitamin C penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. Jadi ketika hamil, pengambilan vitamin C yang mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. Anda memerlukannya untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan bayi juga.

7. Omega 3

Asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandung. Malah asid lemak mengandungi DHA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber terbaik yang mengandungi banyak asid lemak omega 3.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EC-qvm5y5W8]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori