Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bersih 4.0: 19 Februari...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini...

Kutipan Zakat Harta Di...

MELAKA - Kutipan zakat harta di Melaka mencatat peningkatan 31.68 peratus dengan kutipan...

Kenapa Watak Yuhanis Dalam...

Buat pengikut setia drama tempatan, pastinya anda mengikuti siri Hati Perempuan yang rancak...

Pahang Juarai Piala Emas...

KUANTAN - Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja...

75 Keluarga Dipindahkan Ke 3 Pusat Pemindahan Banjir Di Batu Pahat

JOHOR BAHARU – Seramai 265 orang melibatkan 75 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di Batu Pahat, petang ini.

Pegawai Daerah Batu Pahat Mohd Halim Hasbullah berkata, sehingga pukul 2 petang, kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Paya dan SK Parit Bingan.

“Kesemua mangsa dari beberapa kampung di mukim Seri Gading itu dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat dan air pasang sejak dua hari lepas. Keadaan banjir di rumah mereka belum surut sepenuhnya sehingga hari ini,” katanya yang dihubungi, Isnin.

Beliau berkata, SMK Suria Perdana menempatkan 115 orang daripada 31 keluarga, SK Seri Paya (91 orang, 30 keluarga) dan SK Parit Bingan (59 orang, 14 keluarga).


Agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah diarah melakukan pemantauan berterusan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori