Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPR Nasihat Semak Awal...

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49...

Remaja 17 Tahun Maut...

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan...

Kelantan Tidak Harap Hasil...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersedia menghentikan semua aktiviti pembalakan sekiranya kerajaan persekutuan...

Kerajaan Perpaduan UMNO 1...

POKOK SENA – Kerajaan perpaduan yang dicanang-canangkan oleh pimpinan UMNO telah menunjukkan parti...

87 Mangsa Banjir Di Perak Masih Berada Di Pusat Pemindahan

IPOH – Sebanyak 87 mangsa banjir membabitkan 20 keluarga dari Kampung Layang-Layang Kiri, Parit di Perak Tengah masih ditempatkan di pusat pemindahan di Surau Nurul Jannah, Parit Layang-Layang Kiri setakat 12 tengah hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Datuk Yahya Madis berkata kesemua mangsa banjir terdiri daripada 28 lelaki dewasa, 29 wanita dewasa, 16 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan.

Mereka dipindahkan sejak petang semalam akibat hujan lebat mengakibatkan air naik setinggi 0.3 hingga 0.5 meter, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hanya satu sahaja pusat pemindahan dibuka manakala sebanyak 67 mangsa dari Kampung Talang dan Kampung Serapoh, di Perak Tengah, sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak dua hari lepas apabila kediaman mereka selamat diduduki.


Kesemua mangsa banjir dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3qWjh-yU5Yo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori