KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Perhimpunan Kebangsaan Korea Kim Dong Cheol.
Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di bangunan Parlimen di sini.
Turut hadir dalam majlis kunjungan hormat itu ialah Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah dan delegasi dari Korea. – BERNAMA