Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Johan, Ayda Jebat Ungguli...

KUALA LUMPUR - Mohammad Yazid Lim, 30, atau lebih popular dengan panggilan Johan...

Air Pasang Besar Dijangka...

PETALING JAYA – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar dijangka berlaku di...

Liza Hanim Tak Sangka...

SETELAH 21 tahun bergelar penyanyi, Liza Hanim menganggap peluang untuk menjayakan persembahan dengan...

Lorong Tikus Masih Dibuka,...

PADANG BESAR - Lorong tikus ini tersembunyi di sebalik hutan di belakang sebuah...

Adamas Tak Pilih Kasih Berhubung Ujian Doping Atlet Negara

KUALA LUMPUR – Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) menafikan kenyataan segelintir pihak yang mendakwa mereka ‘memilih bulu’ dalam menjalankan ujian doping secara rambang dalam kalangan atlet elit negara yang terpilih.

Sebaliknya Ketua Unit Adamas, Institut Sukan Negara (ISN) Nishel Kumar berkata mereka akan menjalankan ujian doping ke atas atlet berprofil tinggi yang dikatakan mempunyai potensi mengambil bahan terlarang sebagai ‘jalan pintas’ untuk meraih kejayaan.

“Untuk mengatakan bahawa Adamas memilih atlet-atlet tertentu bagi menjalankan ujian doping adalah tidak betul. Sebagaimana yang saya maklumkan sebelum ini, kita sentiasa mengambil perhatian serius terhadap kesemua jenis sukan di negara ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun mengesahkan pihaknya memberikan perhatian khusus terhadap empat sukan iaitu bina badan, angkat berat, olahraga dan berbasikal memandangkan atlet daripada sukan berkenaan berisiko tinggi mengambil bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Pada masa yang sama, Nishel turut mendedahkan majoriti atlet di negara ini tidak merujuk terlebih dahulu kepada ISN sebelum mengambil supplemen tambahan sebagaimana yang berlaku dalam kes dua atlet elit negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dari sukan badminton selain jaguh bina badan negara, Sazali Samad.

Sehubungan itu, Nishel berkata ISN akan memperhebatkan ujian doping ke atas atlet berprofil tinggi bermula tahun depan bagi memastikan mereka tidak menggunakan bahan terlarang sebelum menyertai mana-mana kejohanan terutamanya di peringkat antarabangsa.

Sementara itu jaguh bina badan Sazali Samad yang dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut berhubung penggantungan selama empat tahun yang dikenakan oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) selepas disahkan gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Adamas pada 1 Sept lepas.


“Kesemua ini merupakan ujian daripada Allah SWT buat saya.. saya mahu diberikan masa untuk menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum memberikan ulasan lanjut,” jelas anak jati Johor itu yang merupakan juara Mr Universe sebanyak 10 kali.

Sazali menjadi atlet terbaharu yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh ISN.

Chong Wei pula diuji positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone dan digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas gagal dalam ujian doping sewaktu Kejohanan Dunia 2014.

Atlet lain yang turut gagal ujian doping adalah peserta wushu, Tai Cheau Xuen, pelumba basikal trek, Mohd Shah Firdaus Sahrom serta Mohd Azril Huzairi Ramli dan Jelinie Empera, kedua-duanya daripada sukan angkat berat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bWbAae7JeHA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori