Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bini Lelong Perabot 1...

SEORANG isteri telah bertindak menjual perabot dalam rumahnya pada harga A$1 menerusi eBay...

Pelaksanaan Semula GST Perlu...

PUTRAJAYA - Kajian perlu dilaksanakan sebelum sistem percukaian, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

“Hati Saya Dah Mula...

Petikan dari FB Najib RazakSEMALAM seorang menteri PN kata "Ibu bapa jangan risau,...

Airbus Yakin A380 Akan...

KUALA LUMPUR - Airbus, pengeluar pesawat yang berpangkalan di Perancis berkata, permintaan untuk...

Adele Akui Pernah Hisap 25 Batang Rokok Sehari

PENYANYI Adele percaya sekiranya dia tidak berhenti menghisap rokok, pasti usianya tidak akan panjang sehingga sekarang.

Ini diikuti pengakuannya yang pernah menghisap sebanyak 25 batang rokok dalam masa sehari sahaja.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Hello dan When We Were Young itu walau bagaimanapun sudah pun berhenti merokok sejak empat tahun lalu selepas doktor menasihatkannya agar berbuat demikian untuk menjaga pita suaranya.

“Jika terus merokok, saya pasti sudah mati. Kalau saya mati kerana kanser paru-paru, ianya disebabkan kesalahan sendiri dan saya tidak akan berasa bangga,” katanya kepada Mirror baru-baru ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Adele menyatakan dia sudah tidak sabar untuk melihat anaknya, Angelo Konecki, 3, membesar.


“Saya dah tak sabar nak tengok dia membesar, siapa kawan baik dan kekasihnya, filem jenis apa dia minat.

“Apa sahaja yang dia nak jadi di masa hadapan, saya akan sentiasa menyokong,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

adele
Adele dan anaknya, Angelo Konecki.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori