Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Individu Ingkar PKP Akan...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi kompromi buat individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan...

Sabah Bersikap Terbuka Khidmat...

BANGI - Sejumlah 2,100 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Sabah telah...

Tahan Sakit 40 Minit...

MELAKA - Tiga pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) terpaksa menahan kesakitan kira-kira...

CIMB, RHB, MBSB Gagal...

KUALA LUMPUR – Langkah penggabungan tiga institusi kewangan tempatan bagi membentuk bank Islam...

Adira Mengaku Dah Kahwin, Bergelar Isteri Kedua Datuk Seri

PENYANYI Adira Suhaimi, 24; akhirnya mendedahkan dia sudah pun bernikah dan kini bergelar isteri kedua kepada seorang bergelar Datuk Seri sejak tiga minggu lalu.

Sebelum ini, Mynewshub ada menyiarkan artikel eksklusif yang mana Adira dipercayai sudah pun bernikah dengan suami orang yang bergelar Datuk Seri.

BACA:  Adira Sudah Berkahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?

Maka terjawablah teka-teki mengenai status terkini penyanyi berkulit cerah itu.

Memetik Harian Metro, Adira menjelaskan dia berdiam diri, tidak memberitahu perkara sebenar mengenai perkahwinannya itu bukan kerana ingin menyembunyikannya, sebaliknya dia mahu menjaga hati banyak pihak.

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya.


Berita mengenai perkahwinan Adira mula tersebar selepas madunya yang dikenali sebagai Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar di Facebook milik penyanyi itu dengan menulis bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Apa-apa pun, selamat melayari bahtera rumah tangga buat Adira, suami dan juga madunya.

Moga perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera hendaknya. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

‘Hijrah bukan satu beban’ – Adira

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori