Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

10 Guru Korea Mengajar...

GEORGE TOWN - Sepuluh guru dari Republik Korea dipilih untuk mengajar di lima...

VIDEO: Wanita Baju Belang...

SEORANG wanita mendakwa duitnya telah dicuri seorang wanita lain selepas menggunakan mesin deposit wang (CDM)...

PKR Yakin Kemelut Dengan...

KUALA SELANGOR - Walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas,...

Keputusan Penjarakan Saf Bukan...

BAGAN SERAI : Keputusan penjarakan saf solat bukan 'saja-saja' dibuat oleh kerajaan sebaliknya...

Agong Dukacita Pihak Tertentu Perkecil Persoal Agensi Islam

SERDANG – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menzahirkan penghargaan terhadap peranan agensi-agensi Islam dalam melaksanakan pelbagai program pendidikan dan penghayatan Islam, dan dukacita atas sikap pihak tertentu yang cuba memperkecil atau memberikan gambaran negatif terhadap agensi berkenaan.

Seri Paduka bertitah dakwaan terhadap agensi Islam adalah amat tidak bertanggungjawab dan keterlaluan, sedangkan program yang dilaksanakan agensi itu di peringkat persekutuan dan negeri telah memberi impak amat besar ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

Baginda bertitah kefahaman Islam yang bertunjangkan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengamalan syariat yang berpandukan Al-Quran, As Sunnah serta ijtihad para ulama muktabar telah berjaya melahirkan masyarakat Islam yang sederhana, berimbang dan adil dalam setiap tindakan dan amalan.

Seri Paduka bertitah demikian semasa merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini. Turut berangkat ke majlis bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuan­ku Hajah Haminah.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, menteri-menteri kabinet serta perwakilan negara asing.

Titah baginda kewujudan agensi-agensi itu adalah bagi melaksanakan fungsi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam, sekaligus membantu agensi-agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri untuk mengurus tadbir perkara berkaitan hal ehwal Islam.

Dalam menghadapi cabaran besar itu, baginda berharap seluruh institusi agama Islam sentiasa dipastikan berada di landasan kukuh, mantap dan berkesan.

“Dalam masa yang sama, permuafakatan antara ulama dan umarak hendaklah terus diperteguhkan demi untuk memastikan ketinggian agama Islam dan kesejahteraan ummah sentiasa terpelihara,” titah baginda.

Seri Paduka turut menegaskan mengenai kepentingan memelihara hubungan baik antara satu sama lain, bertoleransi serta saling menghormati agar perpaduan yang sedia ada dapat dikekalkan.

Titah baginda, kejayaan Nabi Muhammad SAW menyatupadukan umat Islam untuk hidup dengan aman damai bersama-sama orang bukan Islam sehingga membentuk masyarakat baharu yang diikat dengan Piagam Madinah harus menjadi teladan kepada semua.


Dalam konteks Malaysia, baginda bertitah pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan yang diterapkan telah diterima baik rakyat seterusnya memudahkan usaha mempertahankan perpaduan antara pelbagai kaum dan bangsa yang dinikmati sejak negara mencapai kemerdekaan.

Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan aliran melampau, namun majoritinya masih tetap berpegang dengan manhaj Wasatiyyah sebagaimana didukung oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, titah baginda.

Pada majlis itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh diumumkan sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2015 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Wan Zahidi menerima wang tunai RM50,000, sijil serta hadiah iringan.

Selain itu, lapan lagi individu turut menerima Anugerah Maulidur Rasul dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, plak, sijil, dan hadiah iringan.

Terdahulu, sambutan Maulidur Rasul bermula dengan perarakan 125 kontinjen membabitkan 11,400 peserta terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah.

Perarakan turut diserikan dengan penyertaan 200 buah motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300 KM/J.

Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.8 kilometer bermula dari pintu masuk hadapan MAEPS sehingga ke Dewan A. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]n1DHzw_eDvk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori