Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Teliti Cadangan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti secara mendalam cadangan yang...

Jamal Bertuala Bawa Gayung...

JIKA semalam, netizen dikejutkan dengan video viral Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadu mengenai...

Terima Anugerah, Pemangkin Ahmad...

PENGARAH dan penerbit Ahmad Idham menyifatkan Anugerah Personaliti Industri Usahawan Malaysia 2018 diterima...

Serangan Iran Ke Atas...

Kuching: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di...

Ahli Parlimen Kalabakan Cadang Trek Berbasikal Di Tawau

TAWAU – Kemudahan trek berbasikal dicadang dibina di sekitar bandar ini bagi memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan yang menggemari aktiviti riadah itu.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata langkah itu juga bagi mengelak masyarakat berbasikal berkongsi jalan raya dengan pengguna lain yang boleh mengundang bahaya.

“Saya melihat aktiviti berbasikal ini mendapat sambutan. Jadi, amat penting untuk membina trek ini bagi mengelak kemalangan dan kita mahu ada trek sendiri seperti yang terdapat di luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Santai Ride 2016’ di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Sebatik dengan kerjasama UMNO Bahagian Kalabakan.


Abdul Ghapur berkata pihaknya telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bagi menyediakan kawasan sesuai untuk pembinaan trek itu yang mana perolehan kos pembinaannya akan diusahakan oleh UMNO Bahagian Kalabakan.

Kira-kira 500 peserta dari Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Sandakan, Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort menyertai program itu yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 60km bagi lelaki dan 30km bagi wanita. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]xoUn0R0qua4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori