Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRN Sarawak: Mengundi Bawa...

KUCHING - Kelibatnya sering mencuri tumpuan setiap kali pilihan raya kerana membawa bersama...

SERI Diwujud Untuk Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan Institut Penyelidikan Sosioekonomi (SERI) di bawah Jabatan...

#ZoukLofa: Naelofa Dilapor Kepada...

KUALA LUMPUR - Berhubung kontroversi pelancaran koleksi hijab Be Lofa By Naelofar Hijab...

Selepas 9 Tahun ‘Couple’,...

AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50,...

Ahmad Azizi Dilantik Sebagai CEO Baharu SPNB

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Kanan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ahmad Azizi Ali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB yang baharu.

SPNB dalam satu kenyataan media memberitahu, Ahmad Azizi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB yang kelima sejak penubuhan SPNB pada 21 Ogos 1997.

“Ahmad Azizi berkhidmat di SPNB sejak tahun 2004. Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan projek dan pentadbiran kewangan sepanjang perkhidmatan beliau antaranya di United Engineers Berhad (UEM), HICOM Berhad dan terkini di SPNB.

“Sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan (Projek) SPNB yang merangkumi keseluruhan pelaksanaan projek di bawah SPNB dan seterusnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi Sdn. Bhd.,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, tanggungjawab Ahmad Azizi kini diperluaskan dengan memimpin pengurusan dan operasi SPNB serta anak-anak syarikatnya seperti SPNB Aspirasi Sdn. Bhd., SPNB Mesra Sdn. Bhd., SPNB Idaman Sdn. Bhd., SPNB Edar Sdn. Bhd. dan SPNB Dana Sdn. Bhd. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]msCkcQEn3es[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori