Friday, July 5, 2024

Creating liberating content

Anggota PGA Lemas, 1...

SANDAKAN - Seorang anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA)  Sandakan ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas...

Pernah 3 Kali TH...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) diminta tampil menjelaskan spekulasi tentang kenaikan...

Suasana Kondusif Perlu Manfaat...

KUALA LUMPUR – Syarikat Malaysia perlu melatih semula pekerja mereka, sama ada tempatan...

Hanya Pemandu Kena Mata...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan 23 kesalahan lalu lintas dalam...

Wujudkan Konsep ‘Satu Usahawan, Satu Keluarga’ – Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan konsep ‘Satu Usahawan, Satu Keluarga’ diwujudkan bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan.

Beliau mahu sekurang-kurangnya seorang daripada anggota keluarga menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjadi tonggak kepada ekonomi keluarga.

“Kita mesti mulakan hasrat ini daripada sekarang. Daripada seorang usahawan dalam satu keluarga, ia akan membawa kepada penularan pengaruh kepada anggota keluarga yang lain,” katanya ketika menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata langkah itu perlu segera dimulakan memandangkan bidang keusahawanan muda masih lagi belum menjadi kerjaya pilihan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun 2013, hanya kira-kira satu peratus sahaja graduan dan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian.

Ahmad Zahid dalam pada itu mengingatkan usahawan muda Bumiputera supaya memelihara modal, bukan sahaja dari segi kewangan sebaliknya turut mengambil kira modal insan, integriti dan kejujuran bagi mengimbangi antara dunia dan akhirat.


“Ramai yang telah berjaya…dan ramai juga yang lupa akan asas keagamaan,” katanya sambil menjelaskan bahawa terdapat golongan yang telah berjaya tetapi tidak menunaikan kewajipan seperti membayar zakat dan bersedekah.

Beliau juga mahu usahawan Bumiputera menyokong komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi ekonomi yang tidak mengetepikan agenda untuk Bumiputera.

Katanya kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif bagi membantu golongan itu.

Mengenai kongres sehari yang bertemakan ‘Ekonomi Satukan Kita’, Ahmad Zahid berharap ia akan menjadi platform untuk golongan usahawan muda Bumiputera membincangkan hala tuju golongan itu dalam bidang keusahawanan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GteAYmA-nBk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori