Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kanye West Mahu Bertanding...

PELIK tapi benar, bintang rap antarabangsa, Kanye West telah mengisytiharkan bahawa dirinya akan...

Pegawai Imigresen Tular ‘Herdik’...

PUTRAJAYA: Pegawai Jabatan Imigresen yang video rakamannya tular kerana mengherdik orang awam ditukarkan...

Calon PKR Selar Kempen...

SHAH ALAM - Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Rakyat Mahukan BN Menjadi...

ISKANDAR PUTERI : Barisan Nasional (BN) yakin pengundi Johor yang terpedaya dengan simbahan...

Akmal Nasir Diarah Fail Pembelaan Pada 28 Dis Ini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada 28 Dis ini.

Ia berhubung dakwaan kononnya Jamil Khir, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir memberitahu pemberita, Timbalan Pendaftar Hurman Hussain turut mengarahkan pihaknya selaku plaintif memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan itu pada 11 Jan depan.

Katanya mahkamah kemudian menetapkan 12 Jan untuk pengurusan kes.

Pada 19 Nov lepas, Jamil Khir memfailkan saman itu dengan menamakan Akmal atau nama sebenarnya Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku defendan.

Menerusi pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Akmal telah memfitnahnya ketika memberi kenyataan kepada media dan di laman web menggunakan nama NOW pada 13 Nov lepas.

Jamil Khir mendakwa antara kata-kata fitnah itu adalah berkenaan pembiayaan perjalanan ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli-belah membabitkan kos antara RM410,978 hingga RM590,000.


Selain itu, Jamil Khir mendakwa Akmal menerbitkan kata-kata fitnah itu tanpa pengesahan terlebih dahulu hingga ia membawa maksud beliau seolah-olah tidak amanah, ahli politik yang menyeleweng dana anak yatim serta menyalah guna kuasa.

Beliau mendakwa Akmal berbuat demikian bagi menjatuhkan maruahnya dan menanam kebencian rakyat bagi meraih sokongan politik kepada parti PKR.

Pada 16 Nov lepas, peguamcara yang mewakilinya telah menghantar surat tuntutan kepada defendan bagi meminta permohonan maaf, menarik balik kata-kata fitnah tersebut serta membayar ganti rugi RM10 juta, namun defendan enggan melakukannya.

Berikutan dakwaan itu, Jamil Khir menuntut perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, ganti rugi am, ganti rugi teruk serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya sendiri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uUGXLncBjc4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori