Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Diserang...

SEGAMAT - Pencarian rezeki sepasang suami isteri warga emas yang mengambil upah menoreh...

Beruang Kebuluran Di Kandang...

KESIAN… Dua ekor beruang yang kelaparan dan kebuluran ini akhirnya merasai kebebasan selepas...

Surprise! Ummi Nazeera Akui...

RUPA-RUPANYA Ummi Nazeera sudah selamat melangsungkan pernikahan pada 23 Julai lalu dan bukan...

Zakir Naik: Polis Masih...

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam...

AKSB Siap Siaga Hadapi Banjir Di Kelantan

KUALA LUMPUR – Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mengambil langkah proaktif bagi menghadapi musim banjir di Kelantan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Insfrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, ia bagi memastikan bekalan air bersih kepada orang ramai tidak mengalami gangguan sewaktu banjir.

“Aantara langkah yang telah dan sedang diambil adalah membaik pulih sistem operasi di loji yang tergendala akibat banjir pada tahun 2014.

“Kebanyakan paip yang rosak di Jajahan Pasir Mas juga telah ditukarkan dan dijangka siap sepenuhnya minggu ketiga Disember 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hanifa turut memaklumkan, AKSB telah mengadakan rundingan dengan Tenaga Nasional (TNB) bgagi memastikan bekalan elektrik tidak mengalami gangguan dengan terlalu lama.


Menurut beliau, sekiranya pencawang elektrik terpaksa di tutup akibat banjir, TNB akan menyediakan janakuasa eletrik di kawasan banjir yang boleh dilalui oleh kenderaan berat.

“AKSB turut menyertai Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani semua operator bekalan air pada 23 Oktober 2015 bagi bekerjasama membantu satu sama lain semasa krisis bekalan air berlaku di negara ini,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]pGWDQrZTfUc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori