Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Matlamat 2016: Negara Kekal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil keputusan yang tegas, perlu...

Azmin Diselar Ibarat Belum...

SINIS.. "Belum kahwin tetapi sudah bulan madu,” demikianlah perumpamaan diberikan Ahli Parlimen Kapar,...

Sultan Johor Kesal Sikap...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kesal dengan sikap segelintir masyarakat...

Video: Olo Siannya.. Budak...

ALAHAI.. sedihnya tengok video adik ni menangis sebab kucingnya mati.Tak tahu apa punca...

Aktiviti Di Kota Raya Berjalan Seperti Biasa

KUALA LUMPUR – Pergaduhan di Kompleks Kota Raya semalam tidak menjejaskan kunjungan orang ramai sekalipun jumlah mereka agak berkurangan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati masyarakat pelbagai kaum dan para peniaga di kompleks itu berinteraksi mesra dan tidak wujud suasana yang tidak menyenangkan.

Hanya kedai menjual telefon bimbit yang terbabit dalam insiden pergaduhan itu sahaja ditutup.

Mengulas insiden berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koseph Kurup meminta semua pihak supaya tidak memanipulasi kes itu.

Beliau menegaskan kejadian itu tercetus akibat perasaan marah berhubung isu hak kepenggunaan.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar sentiasa tenang dan tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum berhubung insiden di Kota Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pergaduhan Di Kota Raya: Bukan Isu Perkauman

Kurup berkata kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan terus melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan untuk menerapkan amalan nilai-nilai murni untuk menjaga keharmonian dan perpaduan semua pihak.

Sementara itu jurucakap pengurusan kompleks itu ketika dihubungi memaklumkan bahawa pemilik premis berkenaan diarah untuk tutup sementara, sehingga siasatan polis selesai.


Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu.

Bergaduh Di Kota Raya: Seorang Ditahan, 14 Lagi Diburu

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Berikutan itu seorang suspek ditahan polis, manakala 14 lagi diburu.

Tinjauan Bernama turut mendapati kaunter mini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibuka di kompleks berkenaan, dan dimaklumkan mula beroperasi mulai hari ini.

Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Yusuf Azmi menyarankan supaya orang ramai menangguhkan sementara waktu sebarang pembelian di kompleks berkenaan sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga yang didakwa terbabit dalam penipuan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QV3EctFJYO8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori