Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

7 Individu Tak Sepatutnya...

GEORGETOWN - Pemimpin DAP mendakwa tujuh individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan...

4,000 Kunjungi Rumah Terbuka...

KOTA KINABALU - Kira-kira 4,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana...

Bot Tempatan Bersama Tekong,...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah bot...

Jaringan Akhir Mat Yo...

JARINGAN Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pada minit terakhir perlawanan membantu...

Aliran Trafik Ke Timur, Utara Perlahan Setakat 12 Tengah Hari

KUALA LUMPUR – Aliran trafik menghala ke Timur dan Utara dilaporkan perlahan dan terkawal pada tengah hari ini berikutan peningkatan kenderaan ketika orang ramai pulang ke kampung bersempena cuti panjang iaitu Maulidur Rasul hari ini, Hari Krismas esok dan diikuti cuti hujung minggu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik bergerak perlahan ke Utara dari Jawi ke Bukit Tambun pada pukul 12.45 tengah hari kerana terdapat kemalangan di Km157.3.

“Bagaimanapun, kenderaan terlibat telah dialihkan namun trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah.

“Manakala di Selatan, trafik perlahan dari Seremban menuju ke Pedas Linggi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Katanya, laluan kontra di Km368.5 hingga Km364.6 Sungkai ke Tanjung Malim juga dibuka kepada pengguna tetapi masih perlahan di kedua-dua arah.

Keadaan trafik perlahan dan terkawal turut dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), plaza tol Bentong dan plaza tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori