Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

DAP, PPBM Meterai Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman diantara Pakatan Harapan yang diketuai...

Fitnah! Laporan Polis Dibuat...

PADAH menyiarkan satu artikel mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia, satu...

Serangan Di Madinah, Che...

PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Rozita Che Wan yang sepatutnya berangkat ke Tanah...

Kampung Numbak Diwarta Tapak...

SEPANGGAR – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini mengumumkan pewartaan...

Aliran Trafik L/raya Utara-Selatan Dilaporkan Masih Perlahan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke ibu kota dilaporkan masih perlahan setakat 8 malam ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata aliran trafik di utara bergerak perlahan di Permatang Pauh menuju ke Prai; Bukit Merah ke Bandar Baharu; Cangkat Jering ke Bukit Gantang; Sungai Perak ke Jelapang; Gopeng ke Bidor dan Sungai Buaya ke Rawang.

“Keadaan yang sama turut berlaku di selatan di mana kenderaan bergerak perlahan di Sedenak ke Senai Utara; Bukit Gambir ke Pagoh; Pedas Linggi ke Seremban,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, malam ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan tiada kesesakan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori