Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Yana Samsudin Dan Fadzil...

Wah, tak sangka dalam diam, pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sudah merancang...

Terkejut Single Drop Dapat...

INDUSTRI Hip Hop semakin berkembang di negara kita. Kejayaan terbesar muzik irama Hip...

Sultan Johor Bakal Pandu...

JOHOR BAHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjelajah ke...

Aiman Tino Nafi Dakwaan...

BARU setahun jagung, penyanyi Aiman Tino dikatakan sudah mula berlagak ala divo! Namun, dakwaan...

Amy Search Harap Menantu Dapat Bimbing Nabila Huda

SEMUA ibu bapa mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya. Begitulah yang dirasai oleh Amy Search selaku bapa kepada pelakon Nabila Huda.

BACA: VIDEO: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Pengurus Restoran

Merestui pilihan anak sulungnya, Amy Search atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman berharap menantunya Mohd. Izwan Johar dapat membimbing anaknya ke arah kebaikan.

“Saya berharap dia (Mohd. Izwan) dapat menjaga Abil dengan baik seperti mana saya menjaganya. Semoga Izwan dapat membimbing Abil menjadi seorang isteri yang baik.

“Diharap Abil dapat menjalani fasa kehidupan sebagai isteri dengan sempurna dan menghadapi dugaan berkahwin dengan penuh sabar.

“Sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dengan tangan terbuka, saya menyambut baik kehadiran Izwan sebagai ahli baharu keluarga saya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Mohd. Izwan berjanji akan cuba membimbing isterinya dengan baik namun tidak menghalang sekiranya Nabila mahu terus aktif dalam dunia seni.

Ditanya mengenai pandangannya tentang Nabila, jejaka berusia 32 tahun ini akui terpikat dengan sifat selamba dan santai aktres itu apabila bersama dirinya.

Izwan Nabila FullSizeRender


“Meskipun dikenali dengan kerjaya sebagai pelakon popular, namun dia (Nabila) adalah seorang yang rendah diri, penyayang dan bertanggungjawab.

“Mereka di luar sana juga mempunyai persepsi yang berbeza dengan karakter sebenarnya. Nabila bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

“Sebagai suami, saya akan cuba membimbing Nabila dengan baik namun tidak menghalangnya untuk terus bergerak aktif sebagai pelakon,” kata Izwan.

Pasangan ini mula menyulam hubungan cinta dua tahun lalu selepas diperkenalkan rakan mereka.

Nabila sah bergelar isteri kepada Mohd. Izwan kira-kira pukul 9.20 pagi, pada Jumaat di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Ini adalah perkahwinan kedua buat Nabila selepas gagal dalam perkahwinan terdahulunya dengan Zaidi Zailani. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wXsGFS66-FM]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori