Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wow… Peminat Hadiahkan Anuar...

WALAUPUN jarang muncul dalam mana-mana majlis hiburan dan kaca televisyen, penyanyi Anuar Zain...

Bekas Pegawai Polis Tarik...

PETALING JAYA - Bekas ketua bahagian perundangan polis, Mokhtar Mohd Noor menarik diri...

Harta 8 Lelaki Sama...

LONDON - Lapan lelaki terkaya di dunia dilaporkan memiliki harta sama dengan separuh...

PAS Dedah Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan semua pihak bahawa DAP mewujudkan Pakatan Harapan untuk...

Ancaman Bom, Lebih 1,000 Sekolah Di Los Angeles Tutup

LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom dan serangan bersenjata. Akibatnya ratusan ribu pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan semalam.

Tindakan itu bagaimana pun disifatkan banyak pihak sebagai keterlaluan dan mendapat kecaman.

Ini kerana pihak berkuasa kemudiannya memaklumkan bahawa siasatan mendapati ancaman yang ditakuti itu hanyalah amaran palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Baca: Masjid Dekat San Bernardino Pula Dibakar

Juga: Baling Kepala Babi Depan Pusat Islam; Muslim Dibenci Di AS 

Ancaman tersebut dilaporkan dihantar melalui emel dari Jerman dua minggu selepas pasangan Syed Rizwan Farook, 28, dan isterinya, Tashfeen Malik, 27, melancarkan siri tembakan rambang di San Bernardino, California yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 21 yang lain.


Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti turut mengesahkan siasatan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mendapati ancaman tersebut palsu. Ekoran itu semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan mereka seperti sedia kala, Rabu.

Siasatan lanjut bagaimanapun akan diteruskan pihak FBI mengenai emel palsu yang diterima. – Agensi/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0Eg2FmMmrpo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori