Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ayam Jantan ‘Gay’ Dan...

NAMPAKNYA, bukan manusia sahaja yang mengalami kecelaruan identiti, sebaliknya ia turut dialami oleh...

Saifuddin Dakwa Sanusi Dikompaun...

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail semalam meminta penjelasan Muhammad Sanusi Md Nor...

Pupuk Ilmu Al-Quran Mendahului...

KANGAR - Ilmu al-Quran harus dipupuk terlebih dahulu dalam diri anak-anak sejak kecil...

Tambahan Lapan Hotel Haji...

MADINAH – Tabung Haji (TH) menyediakan tambahan lapan hotel penginapan di sini untuk menempatkan jemaah haji Malaysia berikutan pertambahan kuota daripada kerajaan...

Anggota Dewan Negara Perlu Berbahas Tanpa Campur-Aduk Isu Politik

KUALA LUMPUR – Anggota Dewan Negara diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam perbahasan sehingga tidak menghormati peraturan mesyuarat dan Perlembagaan Persekutuan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata setiap anggota Dewan Negara perlu berhujah berdasarkan ilmu dan kepakaran dengan memberi keutamaan kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

“Dalam perbahasan, selagi boleh bercakap positif dan memberi idea-idea yang baik, saya akan benarkan tetapi jangan melanggar peraturan dan perlembagaan, hormati dewan, jangan sekali-kali tidak menghormati dewan.”

“Kalau ada yang tidak hormati dewan ini, mereka tidak layak duduk di sini,” katanya dalam persidangan Dewan Negara pada Khamis selepas majlis angkat sumpah dua anggota Dewan Negara, bekas Timbalan Pengerusi DAP Selangor T. Chandra Mohan dan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty.

Abu Zahar turut mengingatkan anggota Dewan Negara bahawa mereka perlu bersedia dengan pelbagai cabaran kerana pentas perbahasan dan persidangan kini semakin berubah selain menuntut komitmen yang tinggi.

Sementara itu, Muhammad Nur ketika ditemui di lobi Parlimen berkata penyertaannya diharap dapat memberi sumbangan bermakna kepada perjalanan Dewan Negara demi kesejahteraan hidup rakyat.


“Kami harap ia akan menjadi satu platform yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat. Saya harap, anggota Dewan Negara akan berbahas dengan efektif dan bertukar pendapat walaupun berlainan ideologi politik tetapi tetap bersikap matang, dapat memberi pelbagai pandangan membina,” katanya.

Muhammad Nur, 66, adalah pemegang Sarjana Muda Usuludin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Pengajian Agama serta Doktor Falsafah Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat.

Muhammad Nur merupakan lantikan anggota Dewan Negara yang baharu manakala Chandra Mohan, 62, adalah lantikan semula.

Chandra Mohan, pemegang Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Sumber Manusia) University Western City, Australia merupakan aktivitis hak pekerja berpengalaman lebih 30 tahun dan kini berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di sebuah universiti swasta di Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori