BESUT – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera ditetak dua individu bertopeng di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dua hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, Tengku Mohd Nafeery Tengku Ramli@ Tuan Arifin, 41, cedera di badan, kepala, kaki dan tangan akibat ditetak dengan pedang.
Beliau kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata suspek yang melarikan diri dengan kereta sedang diburu.
“Mangsa dilapor sedang berada di rumah rakannya apabila tiba-tiba datang dua individu yang memakai topeng muka dan terus menetaknya,” katanya.
Beliau berkata motif serangan belum diketahui. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]qrkG0FzeRR4[/wpdevart_youtube]