LONDON – “Hello, adakah ini planet bumi?” itulah ungkapan pertama yang diluahkan oleh Tim Peake, angkasawan Britain pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Dia sebenarnya secara tidak sengaja tersalah mendail nombor telefon apabila cuba untuk menghubungi keluarganya sempena sambutan Hari Krismas baru-baru ini.
Panggilan itu bagaimanapun disambut oleh seorang wanita, dan Peake mengungkapkan dialog berkenaan bagi mendapatkan kepastian mengenai nombor telefon yang dihubunginya.
Disebabkan insiden tersalah dail itu, Peake kemudian telah memuat naik permohonan maaf kepada wanita tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada Khamis lepas.
Peake yang berusia 43 tahun merupakan angkasawan pertama dari Britain berjaya dihantar ke stesen angkasa lepas antarabangsa di laluan orbit.
Dia berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan awal Disember lepas untuk menyelesaikan misi angkasa lepas selama enam bulan. – Sumber: Astro Awani
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ur_MLMji5-U&w=560&h=315]