KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta mana-mana pihak yang berasakan mereka lebih layak mengendalikan bola sepak Kelantan supaya menawarkan diri.
Kata beliau, pihak terbabit boleh berbuat demikian pada Kongres dan Mesyuarat Agung KAFA yang akan berlangsung pada 28 Disember ini.
“Saya harap mereka yang berminat jangan lepaskan peluang dan saya harap akan ada yang sanggup tampil ke hadapan untuk mengambil alih tugasan di KAFA.
“Jika ada, bolehlah kita buat satu ketetapan dan resolusi pada 28 Disember ini untuk kita secara sukarela beri giliran kepada tenaga baru yang lebih mampu menguruskan bola sepak Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Prestasi bola sepak Kelantan pada musim ini aagak hambar berikutan kegagalan pasukan itu memenangi sebarang piala berbanding pencapaian hebat pasukan itu pada musim-musim sebelumnya.
Hal tersebut menyebabkan KAFA dikritik ramai penyokong bola sepak Kelantan.
“Sebagai tugasan sukarela saya harap ramai yang sedia dan ini adalah masanya.. Mereka yang berminat sula hubungi Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Nor sebelum 28 Disember 2015,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
[wpdevart_youtube]AdKikgUJfeg[/wpdevart_youtube]