AKHIRNYA teka-teki mengenai tarikh sebenar pelakon cantik ini bakal melangsungkan perkahwinan terjawab sebentar tadi.
Anzalna Nasir telah membuat pengumuman, bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Februari tahun hadapan bersama jejaka pilihan hatinya, Mohd Hanif Zaki di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pelakon berusia 27 tahun itu membuat pengesahan tarikh tersebut menerusi program Melodi, hari ini.
Dua majlis resepsi buat pasangan sepadan itu juga diuar-uarkan akan berlangsung pada 27 Februari dan 3 April depan.
Tahniah diucapkan buat Anzalna dan pasangan. Semoga segala perancangan berjalan lancar seperti diimpikan. – MYNEWSHUB.CC