Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Julia Perez Masih Melawan...

SEPERTI mengharapkan kematian seseorang pula. Pengurus Jupe atau Julia Perez, Diana, menafikan spekulasi penyanyi...

Kontraktor Maut Dalam Kejadian...

JOHOR BAHRU - Seorang kontraktor mati ditembak diKampung Jaya Pakat, Senai, petang semalam,...

RM54,000 Untuk Bayar Roadtax...

KAMI tak mampu!Bagi kebanyakan rakyat marhaen yang memiliki kereta, biaya diperlukan untuk membayar...

Pemancing Hilang, Bot Karam...

LABUAN - Seorang pemancing dilapor hilang dipercayai akibat botnya karam di perairan Semarang...

Apa Harus Dibuat Jika Bayi Tolak Minum Susu Badan?

SENARIO penolakan bayi untuk menyusu bukan sahaja dialami oleh ibu yang baharu kali pertama melalui pengalaman memberikan anak susu badan.

Situasi ini turut dialami oleh wanita yang sudah beberapa kali menimang cahaya mata dan berpengalaman memberikan susu badan kepada bayi mereka.

Mynewshub menemui Perunding Laktasi, Nor Kamariah Mohamad Alwi, 41, bagi mengupas lebih lanjut tentang punca dan penyelesaian yang boleh diambil oleh para ibu yang menghadapi masalah untuk menyusukan si kecil.

Perunding Laktasi, Nor Kamariah Mohamad Alwi, 41.

Lazimnya, masalah menyusukan bayi berlaku pada peringkat awal kelahiran namun ianya boleh juga berlaku secara tiba-tiba sehingga mencetuskan suasana panik khasnya dalam kalangan ibu yang berkerjaya.

Nor Kamariah yang berpengalaman dalam bidang laktasi sejak 2008 berkata, para ibu harus memahami punca bayi meragam begitu rupa kerana secara semula jadi, bayi tidak mungkin menolak untuk meminum susu ibunya.

BAYI TIDAK SELESA

Terdapat banyak faktor, termasuk yang tidak disedari oleh si ibu sehingga menyebabkan penolakan berlaku termasuk kesilapan meletak kedudukan kepala bayi sewaktu proses menyusukan.

Selain itu, suasana persekitaran serta rasa tidak selesa juga boleh menjadi faktor bayi enggan menikmati susu ibu yang mengandungi khasiat terbaik bagi membantu proses pembesaran mereka.

Bagi ibu yang baharu kali pertama menimang cahaya mata, kekok mungkin antara sebab proses menyusukan bayi jadi sukar tetapi masalah serupa sebenarnya turut menimpa ibu yang sudah berpengalaman sehingga si kecil disalah anggap kononnya menolak susu badan.

Antara puncanya ujar Nor Kamariah, bayi berada dalam posisi tidak selesa apabila kepala ditolak secara paksa ke payudara hingga mengganggu saluran pernafasan sekaligus menyukarkan susu hendak ditelan.

Nor Kamariah menunjukkan situasi bayi berada dalam posisi tidak selesa apabila kepala ditolak secara paksa ke payudara hingga mengganggu saluran pernafasan sekaligus menyukarkan susu hendak ditelan.

Kaedah yang betul ialah kedudukan bayi berdakapan rapat dengan badan ibu namun masih ada ruang luas yang membolehkan kepala si kecil bergerak bebas tanpa halangan.

BERIKAN SUSU GUNA CAWAN

Selain itu, kesalahan yang lazim dibuat kebanyakan ibu ialah memberikan bayi minum susu dengan botol sebagai alternatif sehingga menyebabkan si kecil berasa keliru.

Bagi mengelak ‘salah faham’ bayi pada peringkat awal, ibu lebih digalakkan memberi susu dengan cawan dan amalan ini diamalkan secara meluas di semua hospital ‘mesra bayi’ di seluruh dunia.


Di Malaysia jelas Nor Kamariah, hospital ‘rakan bayi’ sama ada kerajaan mahu pun swasta turut mempraktikkan amalan ini di mana bayi diberikan susu dengan cawan dalam posisi menegak berbanding penggunaan botol yang disuap secara baring.

Ramai ibu tidak sedar menyusukan bayi dengan botol dalam posisi baring atau terlentang sebetulnya bahaya kerana berisiko mengakibatkan si kecil tersedak apabila susu disedut terlalu pantas.

minum cawan
Pakar laktasi akan mengesyorkan penggunaan cawan jika bayi menolak susu badan kerana ianya boleh mendorong si kecil untuk terus berusaha menyusu secara semula jadi.

Padahal jika diperhatikan, bayi yang menyusu secara semula jadi terpaksa ‘bekerja keras’ untuk menyedut susu perlahan-lahan daripada badan ibunya dalam posisi hampir menegak.

Justeru, mana-mana pakar laktasi akan mengesyorkan penggunaan cawan jika bayi menolak susu badan kerana ia dapat mendorong si kecil terus ‘bekerja’ untuk meminum susu secara selamat.

MOGOK SUSU

Satu lagi situasi yang tidak diduga jelas Nor Kamariah, apabila bayi secara tiba-tiba protes atau enggan minum susu badan. Situasi ini sering dirujuk pengamal laktasi seluruh dunia sebagai ‘mogok susu’.

Keadaan ini boleh berlaku terhadap ibu berkerjaya yang terpaksa meninggalkan bayi mereka kepada orang lain seharian suntuk sekali gus mengakibatkan si kecil mungkin sedih atau merajuk.

Bagi mengatasi hal ini, ibu dinasihatkan tidak memaksa bayi terus menyusu badan kerana ianya boleh menyebabkan hubungan ibu dan si kecil menjadi lebih teruk dalam jangka panjang.

skin to skin
Kaedah sentuhan kulit ke kulit dengan berdakapan penuh kasih sayang sambil berkomunikasi boleh dipraktikkan bagi memujuk bayi.

Sebaliknya apa yang boleh dilakukan ialah cuba berbaik semula, menerusi kaedah sentuhan kulit ke kulit dengan berdakapan penuh kasih sayang sambil berkomunikasi bagi memujuk si kecil.

Jangan bimbang, dalam sebahagian besar kes sedemikian, bayi akan kembali minum susu badan ibunya secara sukarela dan lebih penting, mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak.

Kepada ibu atau bakal ibu yang menghadapi dilema atau bimbang bayi menolak susu badan, dapatkan maklumat yang tepat dan berguna daripada pakar laktasi bertauliah.

Menerusi usaha dan keazaman, impian untuk memberikan makanan terbaik kurniaan Tuhan kepada cahaya mata anda pasti jadi kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori