Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Senapang Buatan Sendiri Untuk...

TAWAU - Dua laras senapang buatan sendiri dipercayai digunakan untuk kegiatan memburu secara...

Rakaman CCTV Berhampiran Balai...

SHAH ALAM - Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis...

Jururawat Penting Dalam Pencegahan...

PUTRAJAYA - Jururawat memainkan peranan yang penting dalam mencegah ‘Healthcare Associated Infection’ (HCAI)...

Kemaluan Penuntut Wanita Ini...

KASIHAN! Seorang penuntut kolej wanita mengalami beberapa lebam di kemaluan selepas bahagian alat...

APMM Tahan 7 Pati Warga Indonesia Di Perairan Tawau

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, dalam operasi di sekitar perairan daerah ini semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata kesemua PATI termasuk seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.58 petang dalam sebuah bot yang sedang menuju ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan dan enam awak-awak, iaitu tiga wanita dan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak di atas bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.


Katanya kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori