SETIU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut meyertai operasi mencari dan menyelamat pelajar yang hilang ketika bermain air bersama rakannya di Pantai Rhu Sepuluh, Isnin lepas.
Pengarah Operasi Daerah Maritim 9 Terengganu Komander Maritim Simon Anak Tusa berkata seramai 20 anggota dan pegawai terlibat membantu polis dan bomba mengesan mangsa terbabit.
Katanya sebanyak dua bot ronda digunakan dalam operasi itu yang sudah memasuki hari keempat.
“Selain operasi di laut, kita juga melaksanakan operasi pencarian di sekitar pesisir pantai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Isnin lepas, dua daripada lapan pelajar dan dua guru dari Johor, hilang ketika kumpulan itu yang mengikuti program keagamaan sempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu, mandi-manda di pantai berkenaan.
Mayat Muhamad Naim Adnan, 17, ditemui lemas Selasa lalu manakala Wafiq Mohd Noor, 17, masih hilang. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]zhd5mFY34iM[/wpdevart_youtube]