RAMAI pengguna yang sering memuji akan kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera iPhone malah ia juga merupakan kamera paling popular digunakan untuk merakamkan gambar yang dimuat-naik ke Flickr.
Kini, rahsia disebalik kualiti kamera iPhone diketahui apabila melalui sebuah temuramah, ia dikatakan Apple mempunyai lebih kurang 800 pekerja yang didedikasikan untuk kamera iPhone.
Dengan pekerja seramai tersebut memfokuskan hanya kamera sahaja, Apple dilihat benar-benar memberikan perhatian yang serius untuk hasil rakaman akhir yang dibawakan oleh peranti mudah-alih mereka, apatah lagi dengan ciri-ciri kamera kini menjadi salah satu fokus utama pengguna dalam membeli peranti mudah alih.
Modul kamera pada iPhone dikatakan mempunyai lebih kurang 200 bahagian berbeza, disamping itu, Apple juga sering membuat ujian pada prestasi kamera mereka dengan pelbagai keadaan cahaya yang berbeza.
iPhone 6S yang telah dilancarkan tahun ini oleh Apple membawakan kamera 12-megapixel, di mana buat pertama kalinya meningkatkan sensor daripada 8-megapixel sebelum ini.
Beberapa ciri-ciri baru turut disertakan pada kamera baru iPhone, termasuk sokongan Live Photos dan juga kebolehan sokongan rakaman 4K.
Mungkin dengan lebih 800 orang pekerja bahagian kamera untuk iPhone ini, kita akan dapat melihat beberapa pembaharuan turut disertakan pada iPhone generasi baru kelak.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: The Verge