KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengadakan pertemuan pertamanya dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pagi ini.
“Ya, kami sudah bersedia untuk prosiding ini,” katanya kepada pemberita sebelum memasuki bilik sidang media di Bangunan Parlimen di sini.
Arul sebelum ini sudah dua kali dipanggil Mei dan Ogos lepas untuk memberi kenyataan di hadapan PAC membabitkan 1MDB, namun gagal hadir. – BERNAMA