BAND wanita Korea Selatan, Oh! My Girl mengalami detik buruk apabila ditahan pegawai imigresen kerana disangka terlibat dengan sindiket pelacuran ketika memasuki Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Mereka ditahan kerana membawa terlampau banyak bagasi pakaian dan props sepanjang menjayakan konsert di Los Angeles.
Mereka juga dikatakan tidak memohon visa mengikut prosedur yang perlu dilakukan sekiranya ingin memasuki negara Uncle Sam itu.
Namun, menurut pengurus Oh! My Girl mereka memasuki negara itu di bawah program rakyat Korea Selatan menggembara ke Amerika Syarikat selama 90 hari yang tidak memerlukan visa. – MYNEWSHUB.CC