Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Warisan Nafi Keluar Surat...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan bahawa ia ada mengeluarkan surat...

Pesakit Kanser Bakar Doktor...

BEIJING - Seorang pesakit kanser melakukan tindakan yang mengejutkan apabila menyerang seorang doktor...

Israel Tidak Boleh Dibiarkan...

NEW YORK - Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan...

Perak Tawar Diskaun Kompaun...

IPOH – Kerajaan negeri menawarkan diskaun 70 peratus ke atas semua kompaun parkir...

Pantai Lengang, Bangkai Paus Dibimbangi Undang Jerung

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Pantai popular di bandar raya ini yang sepatutnya dibanjiri pelancong tempatan dan luar negara, ditutup apabila bangkai seekor ikan paus ditemui dan pihak berkuasa bimbang darah mamalia itu mengundang kehadiran jerung.

Pantai yang popular dengan kunjungan pelancong dan peminat luncur layar, di bandar peranginan Strand, dekat Cape Town biasanya meriah dengan pelbagai acara sukan air termasuk perahu layar, papan luncur, bot laju dan ski air.

Namun suasana suram semalam apabila beratus-ratus orang berkumpul bagi menyaksikan kerja memindahkan bangkai paus berkenaan.

Tidak dapat dipastikan bagaimana paus itu mati hingga bangkainya dihanyutkan ke tepi pantai pada petang Selasa namun kesan luka di bahagian tepi menimbulkan spekulasi kemungkinan ianya dilanggar bot.

Pengurus Sumber Alam Sekitar Cape Town, Gregg Oelofse pula berkata, punca kematian paus berkenaan dijangka sama ada sudah tua atau sakit kerana tiada bukti dilanggar bot.

“Memang bukan sesuatu yang luar biasa bagi haiwan untuk mati terutama ikan paus. Kami biasa nampak haiwan ini mendekati pantai, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.


Media tempatan melaporkan, paus itu berukuran 14 meter panjang dan dua ekor jerung kelihatan di kawasan pantai berkenaan.

Bangkai paus terbabit ditanam di tapak pelupusan selepas tiga jentera berat diguna untuk mengalihkannya. – Agensi.

[wpdevart_youtube]qCkcxUrgvws[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori