Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Cipta Sejarah Ucap...

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail...

Dadah Sintetik Tinggalkan Kerosakan...

PUTRAJAYA - Anggapan dadah sintetik sebagai ‘party drug’ yang tidak mempunyai kesan serius...

Bakal Jemaah Haji Dinasihat...

KOTA TINGGI - Bakal jemaah haji di negeri ini diingatkan agar membuat persiapan...

Penumpang Malaysia Dalam QZ8501...

Hari ini (Isnin), wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak membuat pengesahan bahawa...

Banjir Di Pantai Timur Semakin Pulih

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir yang melanda pantai timur Semenanjung semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan dibuka di Terengganu berbanding dua pusat malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa ialah seramai 286 orang daripada 66 keluarga.

Kesemuanya dari daerah Kemaman dan ditempatkan di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor.

Keadaan cuaca di negeri itu juga dilaporkan baik.


Keadaan banjir di Kelantan dan Pahang pula telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari semalam.

Sebanyak 51 mangsa banjir terakhir di Pahang melibatkan 11 keluarga di daerah Kuantan dibenarkan pulang manakala di Kelantan, 46 mangsa banjir di jajahan Kuala Krai telah dibenarkan pulang kira-kira 11 pagi semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori