Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Trainer accused of having...

One should to stay to simplified approach to date as exceptional article writing...

Polis Johor Serbu Pusat...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 2,348 individu dalam 388 serbuan yang dijalankan...

UMNO Kedah Sokong Usaha...

ALOR SETAR - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah hari ini menyatakan sokongan terhadap...

“Mom I’m Fine” Cara...

SEORANG pemuda berusia 27 tahun dari Brussels, Belgium sanggup meninggalkan bidang peragaan demi memenuhi impiannya mengembara ke seluruh...

Banyak Kes Kemalangan, Amazon Henti Jual ‘Hoverboards’

AMAZON telah berhenti menjual ‘hoverboards’ di United Kingdom dan Amerika Syarikat, menurut pengeluar utama Swagway, atas faktor keselamatan selepas ia dikatakan telah menyebabkan banyak kemalangan.

Syarikat itu berkata, peruncit Internet Amazon memberhentikan penjualan hoverboards  kerana bimbangkan keselamatan pengguna produk popular itu.

Pasukan Bomba London baru-baru ini, mengeluarkan amaran selepas hoverboard terbakar ketika sedang dicas di bilik tidur.

Walau bagaimanapun Swagway menegaskan, produk mereka memenuhi semua kriteria keselamatan yang diperlukan.

Piawaian Trading juga baru-baru ini, memberi amaran bahawa peningkatan mendadak disebabkan populariti hoverboards menyebabkan banyak produk tiruan murah dijual, yang mempunyai kemungkinan tidak selamat digunakan.

Bercakap kepada BBC Newsbeat, Swagway berkata, “Amazon menghantar notis pada hari Jumaat meminta semua penjual hoverboard “menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa semua hoverboards  mematuhi piawaian keselamatan berkaitan termasuk PBB 38.3 (bateri), UL 1642 (bateri) dan UL 60950-1 (pengecas) “.

Syarikat itu berkata, mereka sedang menunggu untuk mendapatkan respon lanjut Amazon.


Walaupun mencetus fenomena baharu, beberapa khabar kurang enak yang dilaporkan berkaitan hoverboards telah memberi kesan.

Ini termasuklah langkah beberapa syarikat penerbangan Amerika, mengharamkan penumpang membawa hoverboards di atas pesawat kerana dikhuatiri bateri yang dipasang boleh menyebabkan letupan.

Minggu lepas seorang budak lelaki berusia 15 tahun terbunuh selepas dilanggar sebuah bas semasa menaiki hoverboards di London. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=3F3VZ7Bmjh4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori