Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Jaga-Jaga Gerakan Hapus Melayu

IA sama seperti peristiwa perarakan Cina menunjukkan kuasa setelah menang bersih di Kuala Lumpur...

203 Anggota Bomba Bantu...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menggerakkan 203 anggotanya...

Kadar Zakat Fitrah Kekal...

PUTRAJAYA - Kadar pembayaran zakat fitrah untuk sepanjang Ramadan kali ini di semua...

Jakim Perluaskan Tawaran Biasiswa...

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tertarik untuk melebarkan inisiatif dilakukan Majlis...

Bapa Mengaku Tidak Bersalah Cabul Anak Kandung

KUALA LUMPUR – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak kandungnya berusia tujuh tahun, bulan lepas.

Tertuduh, seorang pemandu lori didakwa melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Cheras, di sini antara 6.30 pagi hingga 3 petang, pada Nov lepas.

Tertuduh, yang berusia 39 tahun didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.


Majistret Muhamad Faizal Ismail, bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana penjamin tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • cabul

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori