Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sekolah Kedah, Perlis Tutup...

GEORGE TOWN - Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah untuk ditutup mulai...

Pukul Isteri Berang Nama...

IPOH - Tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon...

MBJB Peruntuk RM15 Juta...

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai persediaan...

Shahida Dah Penat Jawab...

HANYA disebabkan tidak membawa kedua-dua anak angkat pergi bercuti, Datin Seri Nur Shahida...

Barangan Rumah Bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng Disita

IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini, menyita barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Ia berikutan kegagalannya melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah membabitkan dirinya dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mengesahkan tindakan itu, Hamidah ketika dihubungi BH enggan mengulas lanjut.

“Betul, saya mahu bertenang dahulu,” katanya menerusi mesej dalam aplikasi WhatsApp di sini, sebentar tadi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 April lalu memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel bertajuk `Umat Islam Perlu Bersatu’ dalam blognya sekitar Januari 2010.

Dalam artikel berkenaan, Hamidah didakwa memuatkan gambar teknik imej bertindih Khalid berpakaian ala paderi.


Pernyataan tuntutan Khalid yang difailkan pada 23 Disember 2011 mendakwa gambar itu menunjukkan seolah-olah beliau seperti paderi dan seorang yang murtad.

Sumber: BHarian Online

[wpdevart_youtube]uj78Wr57j3o[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • sita

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori