Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Persekutuan Kekal Status...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang wanita berusia 37 tahun...

1,536 Unit PPA1M Dibina...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membina 1,536 unit rumah di bawah Projek Perumahan...

Pengganas Singapura Mahu Mohon...

SINGAPURA - Mohammad Hassan Saynudin, seorang pengganas terkenal dari Singapura yang ditahan di...

Jemaah Dinasihat Tumpu Ibadah,...

MAKKAH - Jemaah haji dinasihatkan agar menumpu kepada ibadah semasa berada di tanah...

Bayi Bos FB Pun Pakai Baju Macam Jedi ‘Star Wars’

LOS ANGELES – Baharu lahir, bayi perempuan Mark Zuckerberg sudah pun menjadi pencinta setia filem epik terkenal Star Wars. Buktinya, anaknya rela menjadi pahlawan angkasa itu dengan memakai jubah Jedi.

Pengasas laman sosial terbesar di dunia yang berusia 31 tahun itu pun malah langsung memuat naik foto si buah hatinya, Maxima Chan Zuckerberg, menerusi akaun Facebook rasmi peribadi milik dirinya.

Max, nama panggilan manjanya, tampak turut ceria menggunakan senjata dikenali sebagai lightsaber, selain juga dikelilingi pelbagai boneka terkenal Star Wars antaranya Darth Vader, Chewbacca, dan droid BB-8.

Wajahnya tampak sangat comel menerusi foto terbaharu itu malahan Max dilihat seperti sedang menyepetkan tajam matanya itu seakan benar-benar mendalami peranannya pada waktu berkenaan sebagai wira Jedi.


Baca: Facebook Umum Cuti 4 Bulan Staf Ibu Bapa Dapat Bayi Baharu

jedi
The Force is strong with this one (Pasukan ini kuat bersama-sama dengan bayi ini),” tulis ringkas Mark pada entri terbaharu Facebook berkenaan yang dipetik oleh beberapa media tempatan Amerika Syarikat.Max tentunya belum mengerti tentang dunia Star Wars. Foto tersebut tampaknya digunakan oleh CEO Facebook sempena untuk merayakan tayangan perdana filem Star Wars: The Force Awakens di pawagam seluruh dunia.

Mark bersama-sama dengan isteri mengumumkan kelahiran puteri pertama mereka pada 1 Disember waktu San Francisco dekat sini. Menerusi laman peribadinya, beliau mengungkapkan perasaan kegembiraannya itu.

“Saya serta Priscilla sangat berbahagia dapat menyambut kelahiran anak perempuan pertama kami!” tulis Mark melalui postingnya itu selain beliau sanggup bercuti dua bulan untuk menjaga Max. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori