Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KJ Cadang Jawatankuasa Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan penubuhan...

TPM Singapura Di Putrajaya...

SINGAPURA -- Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berada di Putrajaya pada...

Rayuan Rosmah Dianjak Dari...

KUALA LUMPUR: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10...

Polis Siasat Dakwaan DAP...

KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh Pemuda PAS berhubung...

Beego Bebas Tuduhan Berkhalwat Selepas 4 Tahun

PELAKON Beego dan dua rakannya didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan dua wanita, empat tahun lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memerintahkan Beego atau nama sebenarnya, Aszerul Nizam Abdullah, 35, Fikry Zainon, 35, dan Arsli Mior Atan Ahmad, 34, dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Ini berikutan, mahkamah mendapati mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Terdahulu, mereka ditangkap berkhalwat dengan dua wanita iaitu Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang pada pukul 6 pagi pada 23 Februari 2011.

Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu mengaku bersalah pada Mei 2012 dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000.

Pertuduhan kes ini dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Beego telah mendirikan rumah tangga bersama  pelakon Linda Hashim pada 8 Jun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Jelita Clarissa.


Dalam perkembangan lain, Linda bakal melahirkan anak kedua pada Januari 2016.

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-QbHUlNCSHM]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori