Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Helah Si Pencuri Kasut...

KUALA LUMPUR - Sengaja mengunci diri di dalam tandas selama hampir satu jam. Itu...

Kerajaan Lulus Bayaran Elaun...

KEPALA BATAS - Kerajaan meluluskan permohonan pemanjangan bayaran Elaun Kemahiran Khas kepada pegawai...

Usus Terburai.. Lelaki Maut...

Tangerang - Seorang lelaki warga Nigeria mati selepas dipercayai cuba membelah perutnya sendiri...

KLIA Diiktiraf Antara 9...

PUTRAJAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dinobatkan sebagai antara sembilan lapangan...

Belum Ada Keputusan Mengenai Bayaran Letak Kereta Di Hospital

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat keputusan sama ada bayaran letak kereta akan dikenakan di kawasan hospital awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata terdapat cadangan untuk menswastakan pengurusan kawasan letak kereta di beberapa hospital awam ketika ini, namun belum ada keputusan berhubung perkara itu.

“Memang ada cadangan seperti itu untuk memastikan tempat letak kereta boleh diurus dengan lebih baik, tetapi ia tidak akan dilaksanakan esok atau dalam tempoh terdekat. Selagi ia belum dilaksanakan, tak perlulah berasa cemas.

“Bagaimanapun, di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, kami bina tempat letak kereta bertingkat dan oleh kerana ia tempat letak kereta yang diswastakan, maka orang ramai perlu membayar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai penyekatan pemasaran makanan dan minuman bukan alkohol tidak sihat kepada kanak-kanak di Pasifik Barat dan Asia Tenggara, di sini.

Beliau mengulas jawapan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di Parlimen semalam, bahawa Kementerian Kesihatan mengambil keputusan mengenakan caj letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak penyalahgunaan kawasan letak kereta.

Bengkel empat hari itu, bermula hari ini hasil anjuran bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan, bertujuan melatih pegawai kesihatan awam, pakar undang-undang dan persatuan pengguna tentang pendekatan yang perlu digunakan untuk menangani pemasaran makanan kepada kanak-kanak.


Dr Subramaniam berkata oleh kerana tempat letak kereta berbayar di hospital merupakan isu besar, maka kerajaan perlu menelitinya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, misalnya, pengurusannya diswastakan kerana ada orang meletakkan kereta di situ untuk pergi bekerja di Singapura dan mereka hanya pulang sehari kemudian untuk mengambil balik kereta mereka.

“Cuba anda bayangkan tempat letak kereta hospital dipenuhi kereta mereka yang pergi ke Singapura untuk bekerja, dan kami berpendapat kami perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan perbuatan itu dan itulah sebabnya kami ambil keputusan tersebut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori