Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bintulu Bersedia Jadi Hos...

BINTULU - Bandar Bintulu kini bersedia untuk menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia...

Kenyataan Didakwa Fitnah: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir...

Farkhan Lakar Sejarah Julang...

JOHOR BAHRU - Petinju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron melakar sejarah, apabila berjaya...

Zahid Seru UMNO Selangor...

KUALA SELANGOR - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Berang Rumah Penduduk Palestin Dirobohkan

Baitulmaqdis – Pertempuran tercetus di Baitulmaqdis, semalam, apabila Israel memusnahkan rumah seorang lelaki Palestin yang didakwa menggunakan kenderaannya untuk merempuh sekumpulan orang Yahudi, tahun lalu.

Kediaman itu milik Ibrahim al-Akari yang dituduh melancarkan serangan menggunakan vannya pada 5 November tahun lalu, menyebabkan dua orang terbunuh, termasuk seorang anggota polis sempadan, kata jurucakap polis Luba Samri.

Ibrahim, 38, memandu van ke arah sekumpulan polis sebelum merempuh orang ramai di hentian tram di Baitulmaqdis.

Dia kemudian keluar dari kenderaan itu dan didakwa menyerang orang ramai menggunakan batang besi sebelum ditembak mati.

Ratusan tentera dan polis Israel dikerahkan ke kem pelarian Shuafat di timur Baitulmaqdis sebelum rumah itu dimusnahkan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan beberapa orang cedera, namun tidak menyatakan butiran lanjut.


Tindakan memusnahkan kediaman seperti itu dikecam kumpulan hak asasi manusia dan sering mencetuskan pertempuran antara penduduk dengan polis dan tentera Israel.

Israel semakin banyak memusnahkan kediaman penduduk Palestin, kononnya untuk mengekang serangan menggunakan pisau, pistol dan kereta yang bermula Oktober lalu.

Ia mendakwa tindakan seumpama itu bertujuan menakutkan mereka yang merancang serangan, namun kumpulan hak asasi dan penduduk Palestin menganggap ia cara menghukum keluarga suspek yang tidak terbabit dengan serangan. – AFP/myMeyto Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori