TAHNIAH kepada pemain bola sepak terkemuka, Frank Lampard yang selamat mendirikan rumahtangga petang Ahad di Gereja St. Paul Knightsbridge dekat London selepas bertunang selama 4 tahun.
Christine Bleakley pengacara TV  yang menjadi pilihan Lampard itu memakai baju lengan panjang dengan garis leher berpotongan rendah yang direka khas oleh pereka British, Suzanne Neville.
Piers Morgan, Holly Willoughby, John Terry, Ant and Dec, dan Jamie Redknapp adalah antara selebriti yang hadir bagi memeriahkan majlis itu semalam.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan dari tahun 2011 ketika Lampard melamar Christine semasa mereka bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Majlis bagi meraikan perkahwinan mereka akan diadakan di The Arts Club London.
Christine berkata, mereka berasa sangat menikmati perjalanan kehidupan sebagai tunang, dan dia menginginkan perkahwinan yang tidak begitu meriah. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JCDaoTZ43DQ]