Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penganjuran MotoGP Lebih Murah...

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih...

Johor Tubuh J/kuasa Pemandu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan bagi...

Guan Eng Henti Sidang...

BUTTERWORTH - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan...

Jangan Nilai Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - PAS meminta bukan Islam tidak menilai usaha parti itu untuk...

Bintangi Video Rap, Bukti Isteri Presiden US Memang ‘Cool’!

Isteri kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, Michelle Obama sememangnya layak digelar ‘First Lady’ paling ‘cool’ dan ‘sporting’ dengan membintangi video rap bersama pelawak TV, Jay Pharoah, baru-baru ini.

Muzik video berjudul ‘Go To Collage Music Video’ itu mempunyai kata-kata nasihat tentang kesedaran mengenai pendidikan dan galakan kepada golongan belia untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Video yang dilancarkan menerusi laman Youtube pada 10 Disember 2015 lalu, sekali gus menjadi viral seluruh dunia dan ditonton lebih 2 juta kali.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_1yAOK0nSb0]

Walaupun memegang status isteri kepada Barack Obama, Michelle, 51, ternyata memiliki karakter selamba tampil memakai kaca mata berwarna hitam dan menyampaikan nyanyian rap dengan pelbagai gaya yang gila-gila.

1401x788-jay_michelle02


Difahamkan, lagu rap ini digubah oleh selebriti YouTube, The Gregory Brothers, dengan bantuan laman web CollegeHumor sebagai sebahagian daripada kempen Reach Higher yang dikendalikan oleh Michelle.

Sebelum ini, Michelle pernah mengejutkan ramai apabila tidak kekok menari mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’ nyanyian Bruno Mars bersama-sama penari latar dan pengacara dalam program ‘The Ellen Degeneres Show’ . – MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori