Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nahas Bas: “Kawan Baik...

BUKIT MERTAJAM - Dalam suasana kelam-kabut untuk menyelamatkan diri, Nur Shakirah Ishak hanya...

Kerajaan Tekad Tingkatkan Ekonomi...

KUALA BERANG - Kejayaan Projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) mencapai sasaran penyertaan...

Dapatkan Xiaomi Mi Pad...

Xiaomi baru-baru ini telah mengemaskini laman rasmi mereka, di mana menyertakan tablet dalam...

Duterte Cadang Ubah Nama...

MANILA - Dalam cita-cita untuk berganjak daripada masa silam yang dikaitkan dengan era...

Bodyguard Salman Khan ‘Belasah’ Peminat Ambil Gambar Curi

SEORANG peminat setia bintang Bollywood terkenal Salman Khan mengalami mimpi buruk apabila tindakannya hendak bertemu lebih dekat dengan pelakon kegemarannya itu membawa padah.

Sanaullah Rehman, dikatakan pergi ke kediaman aktor terbabit di Galaxy Apartments lalu mengambil gambar aktor itu secara curi-curi.

Perbuatannya dikesan pengawal peribadi pelakon berusia 50 tahun itu yang berkawal di luar kediaman tersebut yang kemudian bertindak menampar Sanaullah sambil disaksikan beberapa orang awam.

Sanaullah ternyata amat kesal dengan perilaku bodyguard itu selain tindakan orang awam yang tidak mahu membantunya ketika dipukul.

Sebaik insiden itu dilaporkan sebuah media tempatan, pengawal peribadi Salman itu dikatakan mengugut pula media tersebut kerana menyiarkan berita berkenaan.


Susulan kejadian itu, mangsa berkemungkinan besar akan membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan berhubung tindakan kasar pengawal peribadi tersebut terhadapnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori