Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Cool.. Guru Matematik...

VIDEO seorang guru mata pelajaran matematik membuat kejutan 'April Fool' di dalam kelasnya telah...

Angkasa Mahu Libat Aktif...

KLANG - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) bercadang memperluaskan penglibatan koperasi dalam...

Sokong Inisiatif Tingkatkan Penerimaan...

foodpanda Malaysia SOKONG INISIATIF NEGARA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN DAN PENERIMAAN VAKSINMalaysia, 3 September, 2021 – foodpanda Malaysia telah mengumumkan inisiatif mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang vaksin dan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin.Antara aktiviti yang sedang dijalankan oleh foodpanda dalam menggalakkan pengambilan vaksin termasuklah menyediakan pakej penjagaan serta makanan bagi para sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Setia City, KLCC, Axiata Arena, Persada Johor, dan Spice Arena Penang.“Sebagai salah satu platform penghantaran utama di Malaysia, kami percaya bahawa ianya amat penting untuk kami memainkan peranan dalam memastikan persekitaran yang selamat kepada semua, termasuklah para pengguna, rakan niaga serta rakan penghantar,” kata Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das. Beliau menambah, melalui kerjasama ini yang dijalin dengan pihak kerajaan, foodpanda mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap kepentingan mendapatkan vaksin menjelang Disember selari dengan matlamat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.Sebagai tambahan kepada inisiatif yang disenaraikan, foodpanda juga akan membuat hebahan tentang usaha tersebut melalui saluran media sosial rasmi serta emel (EDM) kepada para rakan niaga dengan tawaran hidangan sesuai selepas vaksinasi. Selain itu, aplikasi aplikasi foodpanda akan menampilkan karusel khas yang mengandungi tawaran untuk mereka yang mendapat vaksin. Terakhir, platform penghantaran tersebut juga bekerjasama dengan selebriti media sosial atau Influencers untuk menyebarkan kesedaran tersebut.Setakat 23 Ogos, 31.8 juta dos telah diberikan dan 40.8% daripada jumlah populasi telah melengkapkan kedua-dua dos.

Perkeso Digesa Tarik Balik...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)...

Bomba Kelantan Tetapkan Masa Respons 1 Minit Ketika Banjir

KOTA BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menetapkan masa respons kepada satu minit selepas menerima panggilan sepanjang musim tengkujuh ini.

Pengarahnya Azmi Osman berkata penetapan masa itu dibuat bagi mempercepat tindakan menyelamat mangsa hasil penambahbaikan yang dilakukan selepas mengambil iktibar kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada tahun lepas.

“Kami tak mahu ada kelewatan masa lagi selepas ini kerana ada dakwaan mengatakan agensi ini lambat bertindak. Kami buat persediaan di tahap maksimum pada tahun ini.

“Selain itu, kami juga membuat koordinasi yang lebih baik dengan agensi penyelamat lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra JBPM Kelantan Bersama Media di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) Zailani Abd Rahman dan 60 pengamal media.

Mengulas lanjut, Azmi berkata agensi itu juga menyusun jadual bertugas pegawai dan anggotanya dengan lebih baik pada kali ini agar operasi menyelamat berjalan lebih lancar.

“Pada tahun ini, kami akan pastikan pegawai dan anggota tidak akan bertugas lebih daripada tempoh 24 jam sehari kerana ia bukan sahaja meletihkan fizikal mereka, malah mental juga mudah terganggu.


“Ia sekali gus akan melemahkan semangat mereka untuk menjalan operasi menyelamat mangsa banjir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan banjir terutama di Rantau Panjang di Pasir Mas agar tidak menghalang lalu lintas kerana berpesta air.

“Sering kali musim banjir tiba, penduduk ambil kesempatan main air dan meletakkan kenderaan di atas jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

“Ia sebenarnya mengganggu tugas agensi penyelamat untuk melakukan operasi kerana kami bukan sahaja berdepan dengan banjir ketika itu, malah kebakaran juga mungkin berlaku,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori